Wednesday, 27 April 2016

BADMINTON

  • badminton ialah permainan gelangang yang boleh dimainkan sama ada di luar atau di dalam dewan.
  • boleh dimain oleh lelaki dan perempuan secara beregu, individu atau beregu campuran.

                                                      KEMAHIRAN MEMEGANG RAKET
  • terdapat 2 teknik memegang raket iaitu:-
  • 1. teknik pegang depan. menggenggam raket dengan kempat-empat jari,manakala ibu jari di bahagian atas.
  • 2. pegang kilas.  kempat-empat jari memegang raket, manakala ibu jari hamya di letakkan pada pemegang raket yang rata.

                                                             KEMAHIRAN SERVIS

  • Servis terbahagi kepada 3 iaitu:
    • Servis tinggi
    • Servis rendah
    • Servis kilas

    Servis Tinggi

    Picture
    Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan.

    Ø Berdiri dalam petak servis

    Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan

    Ø Berat badan di kaki belakang
                                                                     
  •  Ø Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras  pinggang

                                                                       Ø Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis

                                                                          Ø Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket

                                                                          Ø Pindahkan berat badan ke kaki hadapan

  • Servis Rendah

    Picture
    Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jarring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan.

    Ø Berdiri di dalam petak servis

    Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan

    Ø Pegang bulu tangkis separas pinggang

                                                                         Ø Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi

                                                                         Ø Mata ke arah bulu tangkis

                                                                         Ø Kunci pergelangan tangan

                                                                          Ø Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang

                                                                          Ø Kontak bulu tangkis pada tengah raket

    Servis Kilas

    PictureServis kilas digunakan dalm permainan beregu dan juga perseorangan
     >Berdiri dalam petak servis

    • > Pegang raket mengikut teknik pegang kilas

    • > Bulu tangkis dipegang separas pinggang dan hampir ke bahagian muka raket

    >Berat badan berada di kaki hadapan

                                                                           > Lakukan pukulan dengan pergerakan kilasan pergelangan tangan                                                                              
                                                     

KEMAHIRAN PUKULAN

Terdapat 3 jenis pukulan iaitu:
  1. Pukulan Hadapan
  2. Pukulan Kilas
  3. Pukulan Lob
  4. Pukulan Smesy

Pukulan Hadapan

Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan. Pukulan bulu tangkis laju dan deras.

Ø Pegang raket mengikut teknik pegang depan

Ø Bawa raket ke belakang dengan siku

Ø Pergerakan pergelangan tangan dikunci

Ø Ayun raket ke hadapan dengan kontak bulu tangkis separas dengan ketinggian jaring

Pukulan Kilas

Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang digunakan untuk mematikan bulu tangkis melalui smesy kilas

Ø Pada kedudukan sedia

Ø Pegang raket mengikut teknik pegang kilas

Ø Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada

Ø Ayun raket ke hadapan dan dan kontak bulu tangkis pada paras bahu

Pukulan Lob

Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan pemain kembali ke posisi bersedia

Ø Pada kedudukan sedia

Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan

Ø Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala didongakkan

Ø Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi

Ø Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala

Pukulan Smesy

Pukulan smesy boleh dilakukan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakanuntuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosonggelangang lawan.

  • Pandang bulu tangkis.
  • Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
  • Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
  • Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
  • Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus

KEMAHIRAN GERAK KAKI

Pemain berada di posisi untuk melakukan pukulan balas. Kebanyakan gerak kaki adalah terarah ke sisi atau bergerak ke hadapan ataupun ke belakang dengan langkah-langkah yang berbeza.

Asas pergerakan kaki

a. Gerak kaki ke belakang
Ø Kaki kanan bergerak atau undur dahulu ke belakang

Ø Diikuti dengan kaki kiri. Kedua-dua kaki fleksi

Ø Kaki kanan bergerak selangkah ke belakang dan lakukakan pukulan

b. Bergerak ke hadapan
Ø Gerak kaki ke hadapan

Ø Kaki kanan bergerak ke hadapan

Ø Kedua-dua kaki fleksi. Kaki kanan bergerak menjangkau jauh ke sisi kanan

Ø Diikuti kaki kiri dengan langkah yang pendek

Ø Kaki kanan fleksi dan kaki kiri hampir lurus

Ø Selepas melakukan pukulan, undur semula pada kedudukan sedia

c. Bergerak ke sisi
Ø Bergerak ke kanan fleksi, kaki kiri ekstensi.

Ø Lakukan pukulan dan balik semula pada kedudukan sedia.


PERATURAN-PERATURAN BADMINTON

Gelanggang
·         Ukuran gelanggang badminton ialah 17 kaki (5.18 m) lebar untuk permainan yang melibatkan dua pemain. Manakala, 44 kaki (13.41 m) panjang dan 20 kaki (6.10 m) lebar bagi permainan yang melibatkan empat pemain
·         Jaring diletakkan tetap di tengah gelanggang, dengan ketinggian 5 kaki (1.52 m) dari tanah di bahagian tengahnya. Manakala, ketinggian hujung jaring berukuran 5 kaki 1 inci (1.55 m) semasa ia diikat pada tiang
Pemain
·         Perseorangan lelaki
·         Perseorangan wanita
·         Beregu lelaki
·         Beregu wanita
·         Beregu campuran

Peralatan
·         Jaring
·         Raket
·         Bulu tangkis

Pengadil
·         Pengadil rasmi
·         Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)


Cara permainan
·         Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa
·         Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi jaring dengan raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut
·         Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis, pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu tangkis dari pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut akan kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis dan pungutan mata
·         Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapai mata ke-15. Manakala bagi pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja
·         Jika pungutan mata di antara pemain yang berlawan adalah sama di akhir permainan, maka permainan tersebut akan ditentukan menerusi prosedur 
tie breaking yang dikenali sebagai settingyang merangkumi pelbagai peraturan yang berbeza di antara pertandingan yang melibatkan pemain lelaki dan wanita, serta ia bergantung kepada kedudukan pungutan mata yang seri

No comments:

Post a Comment