Thursday, 28 April 2016

BOLA BALING

  • berasal dari Eropah merupakan modifikasi permainan Czeska Hasenka di Republik Czech, Hanbold di Denmark, Korball dan Roffbold di Jerman
  • orang yang memperkenalkan bola baling:Heizer dari Jerman
  • dipertandingkan buat kali pertama pada 1932 di Sukan Olimpik Berlin
  • di Malaysia, permainan ini diperkenalkan pada 1977
  • boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur
  • melibatkan 14 orang pemain

Kemahiran yang perlu Dikuasai:-

  1. membuat hantaran
  2. menangkap bola
  3. mengelecek
  4. mengacah
  5. menghadang
  6. menjaring
  7. menjaga gol

KEMAHIRAN HANTARAN

    A.Hantaran Atas Kepala

  • hantaran tinggi dan jauh
  • hantaran ini sukar dipintas sekat oleh pihak lawan

     B.Hantaran Lantun

  • untuk mengelirukan pihak lawan dengan membuat hantaran secara mengejut

     C.Hantaran Lompat

  • digunakan oleh pemain untuk menjaringkan gol
  • mengelirukan pihak lawan

     D.Hantaran Aras Dada

  • untuk hantaran jarak dekat tetapi pantas
  • lebih berkesan apabila dilakukan oleh dua pemain yang membuat larian pecut dalam serangan

KEMAHIRAN MENANGKAP

  • dilakukan sama ada  dengan kedua-dua tangan atau sebelah tangan dari pelbagai arah
  • tujuan:untuk mengawaldan menguasai permainan

KEMAHIRAN MENGELECEK DENGAN BOLA

  • bermaksud pergerakan kaki pada pelbagai arah sambal melantun
  • tujuan:untuk membolehkan pemain bergerak dengan bola dari satu tempat ke tempat yang lain untuk melepasi pihak lawan

KEMAHIRAN MENGACAH

  • pergerakan untuk mengelirukan pihak lawan dalam usaha mendapatkan peluang menyerang pasukan lawan
  • terdapat 2 cara:
           -mengacah tanpa bola
           -mengacah dengan bola
  • mengacah tanpa bola biasanya digunakan untuk melepaskan diri daripada pihak lawan
  • mengacah dengan bola bertujuan meneruskan serangan

KEMAHIRAN MENGADANG

  • kemahiran mengawal pergerakan pihak lawan daripada menyerang
  • tujuan:untuk melambatkan pergerakan dan mengehadkan ruang serangan pihak lawan

KEMAHIRAN MENJARING

  • perlakuan memasukkan bola ke dalam gawang
  • tujuan:mendapatkan mata kemenangan
  • 2 jenis jaringan :-
          ^jaringan lompat
          ^jaringan junam

KEMAHIRAN MENJAGA GOL

  • harapan terakhir pasukan bagi menghalang jaringan pihak lawan
  • barisan pertahanan yang terakhir bagi sesuatu pasukan
  • tujuan:untuk menyekat bola daripada memasuki gawang

Kemahiran Menampan Bola

  • tingkah laku menangkis bola dengan kaki atau tangan
  • tujuan:untuk mengawal serangan pihak lawan yang datang berhadapan dengan penjaga gol

UNDANG -UNDANG DAN PERATURAN

SAIZ BOLA

  • lelaki bawah 18 gunakan saiz 3
  • perempuan bawah 18 gunakan saiz 2
  • perempuan dan lelaki bawah 12 gunakan saiz 2

JARINGAN GOL

  • boleh dijaringkan dari mana-mana sudut atau kawasan permainan

MASA PERMAINAN

  • bagi lelaki, 25 minit bagi setiap separuh masa dengan 10 minit rehat di antaranya
  • bagi perempuan, 20 minit bagi setiap separuh masa dan 10 minit rehat di antaranya

PENGADIL

  • satu perlawanan diadili oleh dua orang pengadil dan dua orang penjaga masa

BALINGAN PERMULAAN

  • diambil dari tengah kawasan permainan
  • selepas gol dijaringkan, permainan akan dimulakan dengan balingan permulaan
  • semua pemain mesti berada di kawasan permainan semasa balingan permulaan dilakukan

PENDAFTARAN PEMAIN

  • terdiri daripada 12 orang pemain (10 orang pemain gelanggang dan 2 orang penjaga gol

BALINGAN PENGADIL

  • membaling bola menegak ke atas tanpa tiupan wisel di tempat berlaku gangguan pemain

BALINGAN PENALTI

  • dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel

BALINGAN PERCUMA

  • dibuat serta merta tanpa perlu mendengar wisel
  • jaringan gol boleh dibuat terus daripada balingan percuma
  • balingan ke dalam akan diberikan sekiranya bola keluar dari garisan tepi

No comments:

Post a Comment