Thursday, 28 April 2016

KEKELUARGAAN

  • dianggotai oleh ayah, ibu dan anak-anak
  • kecemerlangan institusi keluarga dipengaruhi oleh peranan yang dimainkan oleh datuk, nenek, ibu dan bapa saudara


Ciri-Ciri Keluarga yang Cemerlang

  • ikatan kekeluargaan yang akrab
  • saling membantu antara satu sama lain
  • bekerjasama
  • rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap keluarga
  • sentiasa bersikap positif

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BAPA DAN SUAMI

      A.Bapa

  • sebagai ketua keluarga hendaklah mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan bersedia untuk berkorban
  • memberikan bimbingan, didikan dan pelajaran
  • melindungi keluarga daripada ancaman
  • menyara kehidupan keluarga mengikut kemampuannya
  • berlaku adil
  • menyelesaikan masalah yang wujud
  • mewujudkan integrasi

      B.Suami

  • menyediakan tempat perlindungan
  • memberikan nafkah kepada isteri
  • memberikan sepenuh kasih sayang kepada isteri
  • menghormati hak isteri

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU DAN ISTERI

       A.Ibu

  • sentiasa mengamalkan nilai kasih sayang
  • menjaga kebersihan diri dan keluarga
  • mendidik dan mengasuh anak-anak
  • menguruskan hal ehwal rumah tangga
  • melayan anak-anak dan suami
  • membantu menyelesaikan masalah anak-anak

      B.Isteri

  • patuh, taat dan menghormati suami
  • jujur, ikhlas dan amanah memikul tanggungjawab
  • sentiasa menjaga harta suami
  • memberikan sepenuh kasih sayang kepada suami
  • menjaga keperibadian diri

PERANAN DAN TANGGUNGAWAB ANAK

      A.Anak

  • menghormati ibu bapa dan keluarga lain
  • membantu ibu bapa menyelesaikan tugas-tugas harian di rumah
  • taat dan patuh kepada suruhan ibu bapa
  • sentiasa menggembirakan hati ibu bapa
  • menjaga kebajikan ibu bapa setelah mereka tua
  • mencurahkan kasih sayang kepada ibu bapa

      B.Abang atau Kakak

  • menggantikan tugas ibu bapa semasa ketiadaan mereka
  • bertolak ansur antara adik-beradik
  • menghoramati hak adik-adik dan keluarga
  • sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga

      C.Adik

  • menghormati orang yang lebih tua
  • meminta bantuan abang dan kakak secara baik
  • berdikari dalam pengurusan diri

No comments:

Post a Comment